I can't wait for 30.Jan.2012
13 January 2012 | 3:30 PM | 0Comments

Hey readers. Yaya tarik balik ayat dalam post yang lepas yang mengatakan bahawa Yaya taknak pindah mana. Okay, selama seminggu persekolahan niy, Add Math, Yaya dah tak mampu nak bawa. Bio too. Agak berat untuk seseorang yang macam Yaya. Nak jawab Math pon masih tergigil, ni lagi Add Math.
Yeah, Yaya tau nothing easy in this world. Macam pengecut pulak kalau nak lari dari cabaran kan? Tapi seriously, Yaya tak mampu bawa. Demi masa depan, rela beb undur diri sebelum result SPM aku hancor :'>
So, ingatkan yang keputusan pemohonan Yaya ke Teknik Tuanku Jaafar tak diterima? Means, tak berjaya. Ok masa tuh memang sedih gila kan. Dan ayah Yaya buat rayuan. Ok masa tuh harap-2 dapatlah. Tapi bila dah masuk kelas science, ingat Yaya mampu nak bawa dalam 2tahun ni. Tapi baru permulaan dah menyerah. Tak mampu nak bangkit masa jatuh.
Dan semalam lepas maghrib, hati tergerak nak buka laman web Kementerian Pelajaran. Masa tuh niat nak tengok borang untuk E-Rayuan ke teknik. Tapi takde. And tangan gatal masa tuh gi click kat Semakan Tawaran Ke KV,SMT,SMV tuh. Dan dengan bersahajanya isi No.KP nak tengok.
Whoah and at last. Daripada duduk berbongkok, terus tegak bila dia tulis PERMOHONAN ANDA TELAH BERJAYA. Pergh .Sumpah terkejut gila vavvvviiii ah weh. Masa tuh cakap , memang nak gi. Tak peduli ><
Masa tuh tak fikir apa. Lepas baca detail2 tuh, terus berlari gi bilik mama nak cakap ngan Mama. Tapi mama tak siap solat lagi masa tuh. Then masuk balik bilik, check my buah hati punya. Nak tengok lah kan sebab dia pon ada buat rayuan. And masa tuh tengok dia punya, ahh **AWEEESSSOOOMMEEE. melompat-lompat dho. Hahaha. Terus cancel plan dia nak pindah ke SMK Khai Mun. Dan kami akan sama-sama mendaftar pada 30.Jan.2012 nanti di SMT Tuanku Jaafar,Seremban,Negeri Sembilan dalam kursus yang sama, Perdagangan.
Ramai yang cakap, Yaya tolak tuah bila dah dapat kelas Sains. Okay, maybelah.Tapi please lah jangan cakap Yaya tolak tuah sebab dalam TTJ nanti, Yaya akan amek option Fizik & Kimia jugak. Okay, start slow2 lah kan sebab Yaya tak study Perdagangan. Huuu. Setakat Fizik ngan Kimia tuh, masih boleh bawa setakat ni. So nanti, dengan ayah pergi beli buku rujukan Perdagangan..^^
Tapi rasa sayang pulak nak tinggalkan 4Maju, nak tinggalkan kawan, nak tinggalkan cikgu2, nak tinggalkan family and duduk jauh2. Huish. Sumpah tak reti nak berdikari :'<
Bukan nak cerita keburukan, tapi ni kenyataan.Serious, Yaya tak reti nak berdikari. Selama neh dari kecil sampai ke besar mama dengan ayah yang uruskan. Okay dalam fikiran Yaya sekarang, macam mana nak basuh baju? Macam mana nak gosok baju? Macam mana nak kemas katil?
Okay, dari Yaya kecil, sampailah sekarang, basuh baju, gosok baju mama punya kerja. Kemas katil? Errr. Malas siked :'| Okay, memang akan belajar semuanya sebelum ke TTJ pada 30.Jan.2012 nanti :)
Mesti nanti Yaya rindu Facebook, Blog, Twitter, Tumblr, YouTube and semua. Ain, Piqah and Jacintha semua tuh. Ohmygoddddd.Bila mama dapat tahu yang my buah hati mohon sekolah sama, terus dia tanya "Didi pergi tak?" and Yaya jawab "Pergi kot..." -Ayat tak pasti. Haha. Then mama cakap "Kalau Didi ikot taklah mama risau sangat... Balik kalau naik bas ada orang teman. Ni ayah nak suruh akak naik bas sorang2. Risau." .Masa tuh terus tergelak. Risau sangat. See, nampak kan yang Yaya tak berdikari ? Then Mama cakap lagi "Kat sana jangan nak bergendut dah.." .Hahaha. Okay, takdenya , mau kena buang sekolah kantoi couple. Senyap dah lah kan? :)

So guys, I can't wait for this 30.Jan.2012. So, Yaya ada masa seminggu lagi kat SMK Khai Mun :) Akan habiskan masa sepuas-puasnya dengan kawan2 terbaik Yaya. Akan habiskan masa sepuas-puasnya dengan Teacher Nadia. Peghhhh. Sumpah ah sedih nak tinggalkan Teacher Nadia :) My english teacher since form1 to form3. Yang dah ajar Yaya dari bawah sampai Yaya dapat A dalam English :) Thanks Teacher :'>
Cuti Tahun Baru Cina, Yaya balik Johor :) Ayah kata orang2 kampung dia yang jauh2 datang berkumpul. Kira macam Family Day kot . Oke , aku nak jumpa Jumaat. Hahaha. Selama nih selalu mesej jea, tak pernah tengok orang. Gambar dalam FB pon tak jumpa.


