Mohd Azfar Muqri #anak Zahro
06 August 2011 | 2:09 PM | 0Comments
Assalamualaikum Salam sejahtera Salam satu Malaysia : )
Harap maaf semua readers . Entry ni khas untuk my ex yang bernama MOHD AZFAR MUQRI BIN ZAHRO . kalau taknak baca , sila out ye : ) Peduli ape kan ?
Tak sangke kan hubungan yang setahun lebih terbina hancur macam ni je . Kay, aku tak sedih, cuma aku terkilan sebab kau berubah. Kau lupa janji janji kau. Kau langsung tak bagitahu aku yang sebenarnya kau dah couple dengan budak tu sebelum kita putus tunang dulu. Sampai hati kau babe. Kau tak jujur langsung dengan aku kan? Boleh ke kau digelar kawan ?
dari darjah enam kau pendam rasa kat aku. Kay, aku tahu salah aku sebab putuskan hubungan tu. Tapi aku tak nak hilang kawan sebaik kau. Cuma sebab budak baru tu, kau lupakan aku.
Masa aku baru baru pindah Pahang, aku balik JB sebab ada exam SDKA. Masa exam SDKA , banyak kali jugak tak kita jumpa kat taman depan rumah kau. Aku rindu kau :(
Okei. Mungkin aku dah jauh dari kau. Tak macam dulu. Tapi kau tak tahu yang aku sayang kau even masa tu kau sakit hati aku couple ngn Ayim Mazlan. Tapi kau pendam rasa kau. Dua kali aku putus dengan Ayim dan last aku couple balik ngan kau sebelum aku couple balik dengan Ayim -,- #agak pening disitu. baca berulang-kali , baru faham.
Setahun tak jumpa kau buat aku macam sasau masa tu. Then sampai lah satu hari Jumaat, kau datang rumah nenek aku at Gelang Patah dan bagi aku satu baju, rantai. dan sempat kita snap pic sebagai kenangan.

Baju tu , baju yang pernah aku bagi kat kau . Kau tahu, sejuk hati aku tengok kau pakai baju tu.. :)
Esoknya, aku gi SA Taman Daya nak ambil sijik SDKA dan masa tu kau tengah darjah khas lagi kan. Kita sempat date japp masa tu kat belakang surau sekolah agama. Kau tahu, masa tu merupakan masa dan kenangan paling indah untuk aku walaupun masa kita jumpa tak lebih dari 15minit...
Lepas tu, kita exchanged cincin. Aku amek cincin hijau kau dan kau amek cincin putih aku. Sumpah aku cakap aku lebih bahagia dengan kau daripada pakwe2 aku sebelum ni. Sampailah aku jumpa Didi , insyaAllah aku akan sayang dia lebih dari aku sayang kau !
Gelaran Keliwon dan hagemaru tetap aku ingat dhoo. Aku betul2 rindu kau. Kalau dulu sebagai kekasih, sekarang sebagai member. Aku taknak rosakkan kebahagiaan kau dengan perempuan tu dan aku pun dah ada hidup aku sendiri. Aku cuma rindu kau sebab kita pernah jadi kawan baik.
Aku rindu nak gelak dengan kau. Aku rindu nak dengar kau nyanyi untuk aku. Aku rindu semuanya dari kau Azfar !! Aku tahu aku banyak buat salah dengan kau tapi kau sabar. Sebab tu aku sayang kau.. Kau tahu kan perangai aku :(

Kay takpe . Even aku sakit hati kita putus tunang macam tu je bulan lepas, aku redha weh.. Aku tetap sayang kau sampai aku mati. Walaupun sebagai kawan. Aku tetap ingat kau. Susah aku nak lupakan kau dan aku rasa kau pun susah. Kau pernah cakap , susah nak lupakan cinta pertama kan? :)
Kau nak tahu kenapa aku dah jarang mesej kau lepas aku couple ngan Ayim? Sebab aku taknak kau sakit hati lagi. Aku dah banyak buat kau sakit hati dan aku rasa aku banyak buat salah ngan kau. Masa tuh, aku cuba buat kau lupakan aku sebab aku taknak kau terluka lagi. Sebab aku sayang kau.
Walaupun aku sendiri sakit dengan tindakan aku tu, aku buat demi kau. Aku tahu masa tu perempuan tu dah wujud dalam hidup kau walaupun sebagai member. Member2 aku cakap pun yang korang cam suka sama suka. Kay, aku lepaskan kau demi kebahagiaan kau .
Tapi aku doakan kau dapat lupakan aku. Kau lupakan segala-galanya tentang aku. Aku yakin perempuan tu boleh jaga kau dengan baik dari aku jaga kau dulu. Aku doakan kebahagiaan kau dengan dia. Semoga korang happy. Semoga korang kekal .
Mungkin susah aku nak lupakan kau Azfar , tapi aku yakin dengan adanya Junaidi , satu hari nanti aku dapat benci kau sekali lagi . Goodluck weh. Kau jagalah awek baru kau betul-betul. Jangan buat perangai macam dulu. Aku sayang kau dan tetap ingat kau . (!)
last word untuk kau aku yakin aku akan dapat benci kau Keliwon dan SEMOGA BERJAYA ADAM-AYU :)
Tolong lupakan aku. Bahagiakanlah Dia :))
