My School Holiday (Part 1)
13 June 2011 | 6:29 PM | 0Comments
Assalamualaikum ! Byebye Cuti Sekolah , Welcome Sekolah :p

Hello Readers . Apa khabar ? Amacam hari pertama sekolah selepas 2 minggu korang bermalas-malasan ? Huuu . Mana - mana sekolah yang ada dua sesi tuh best lah kan sebab masa belajar korang setengah jam satu masa yewq ? macam sekolah Yaya yang hanya ada satu sesi , hari Isnin balik pukul 3.25pm yaww . =='
Haha . Tapi dengan suka hatinya Yaya cakap sini , hari ini Yaya ponteng sekolah . Bukan saja saja . ada sebab dher .
Actually , Yaya baru balik dari Johor Bahru ni . Yeah , seperti makluman Datuk Datin sekalian , Yaya hanya habiskan seminggu masa cuti di Bentong dan seminggu lagi di Johor Bahru . Tak holiday mana pun yaw . Ayah busy kerja . hehehex . So , ayah tinggalkan kami lima beranak kat Johor Bahru ..
Walaupun tak pergi mana-mana an , tapi masa seminggu kat Gelang Patah rasa macam tak cukup jea ! Kat Batu Pahat ? Sorry , Yaya tak suka balik sana walaupun ada WiFi . sebab ? Takde kawan dho . Sumpah bosan gila vavi :')

Untuk Part 1 niy , Yaya nak citer masa kat Gelang Patah lah kan . Yaya suka balik GP . Yeahh , sebab ramai kawan . Erkk . Saudara mara exactly . hehehe . Tapi , takde pun yang sebaya dengan Yaya . Semuanya dah besar2 and yang kecil2 . huhuhu . tapi rapat lah kan.
Paling rapat dengan Nor Aishah Rabu [Ecah] (19 tahun) <-- Tahun depan nak tunang , Yaya jadi pengapit :p .Lagi dengan Mohd Yusuf Rabu [Ucob] (13 tahun) <-- Budak paling BLUE dan kalau jumpa asyik nak gaduh ngan Yaya :p . Izah Zairus [Ieja] (11 tahun) , Izlah Zairus [Deklah] (7 tahun) <--Budak paling manja dengan Yaya . Hairol Asyraaf [Acab/Upin Ipin -Dipanggil oleh deqwan] and lastly dengan Nurul Aqilla [baby qila] (8 tahun) .
Yeahh . Look . semua budak budak . Paling susah nak jumpa sekarang dengan Ecah . Yeahh . Dulu selalu gila lah kan . Tapi sekarang dia dah kerja , so , tak dapat nak jumpa selalu . soooo sadddd . Balik cuti ni pun dapat jumpa average satu hari . Bapak sedih lahh kan. huhu . tapi apa boleh buat . Dia cuti Sabtu Ahad jea . Then Jumaat malam baru dia balik kampung , Sabtu pagi esoknya Yaya dah move balik Batu Pahat . Memang tak puas lahh . Nevermind . First Raya nanti kat GP , borak lah puas puas kan :)

Okayyy then . Jom start story ^^,v
First day at Gelang Patah , Yaya tak tidur rumah nenek . Yaya follow mak cik Yaya , Mak Anjang sebab kalau Yaya and Lala tak ikut dia , anak dia , si Baby Qila taknak balik . So , nak taknak ikut jelahh . Esoknya (Isnin) follow Mak Anjang gi SMK Taman Mutiara Rini (2) . Dia kerja . Bukan cikgu . Tapi pembantu makmal . Dalam hati cakap 'Yeahh. Ada WiFi. Cepatlah sampai . Nak online :p'
Haha . Sampai sekolah tuh , duduklah dalam Library kan . Besar lah siod sekolah dia . Lagi cantik dari sekolah Yaya yang lama dengan yang sekarang . HAHA . Bila diperhatikan , library sekolah diaowang tak banyak buku cerita tau . Banyak buku rujukan jea . Yeahh :') Sekolah pandai ~
Sambil tuh , kiteorang menggedik lah kan kat sekolah tu . Snapped sana sini . Ada satu gambar kat tangga dah LOST . sape delete , memang sakai ~ =='
Btw , ni lah gambar-gambarnyaa . :')


letak dua cukuplah , nak banyak banyak sila pergi Fesbuk Saya dan tengok :p haha .
Lama jugak lepak kat SMKTMR (2) tuh . malamnya , balik semula rumah nenek . yelahh . dah ramai cousin yang berkumpul :)
Percaya atau tidak , kebanyakkan cousin-cousin Yaya nih , balik kampung hanya kalau Yaya empat beradik balik . Nak2 si Ecah , Iejah n Izlah . tapi kadang kadang tu , tanpa kami , mereka tetap ada . Izlah n Ecah ,? Yaya takde , jangan harap nak tidur umah nenek =='
Okey , ada satu malam tuh , sedang sedap Yaya bersembang kat dapur . erkk , senyap senyap guna telefon rumah nenek sebenarnya ni nak call Deqwan . Masa tuh dalam pukul 11 Malam hingga 12 / 1 pagi kot . Continue , tengah sedap2 borak , sampai Acab dipaksa oleh Deqwan untuk menyanyikan lagu Negaraku . Deqwan cakap , suara Acab macam Upin & Ipin . hahaha ! berdekah kiteorang gelak masa tuh .
Masa baby qila nak cakap ngan Deqwan , tetiba jerr . BBBOOOMMMM ! #SoundEffectYangNtahPape , elektrik terputus . Yeah , masa tuh hujan lebat .. hikhikhik . Yang Yaya dengan Baby kat dapur berdua masa tu , terkejut beruk lahh kan . Maklumlah , rumah nenek Yaya ni 'Keras' sikit . tu yang bila keadaan jadi cam ni , kiteorang takut . huuu .
Yang Baby apa lagi , terus terlepas ganggang telefon ue , Yaya campak dan letak . Dengan bantuan cahaya telefon bimbit Yaya yang tak seberapa nak terang tuh , kiteorang menjerit dan lari gi ruang tamu . Nasib baik ruang tengah rumah tu tak banyak barang . Kalau tak , terlanggar sikit ingat hantu tolak :p
Ruang Tamu ? Mengapa ruang tamu ? kerana kami masa tuh , berlapan tidur kat ruang tamu . Bilik lima lima dah dipenuhi dengan makcik yang balik . Grrrr -,-' . Kkk , sampai ruang tamu . budak budak ni lantak lahh berpelukan . Mampuslah laki ke perempuan . Takut dho . Nak2 dekat tingkap tu , macam2 bayang - bayang ar nampak walaupun sebenarnya , tu bayang-bayang pokok dan kereta Singapore lalu ==' Haha .
Seperti yang Yaya cakapkan tadi . Kami gerun sebab Rumah nenek kami ni , 'keras' . nak nak sebelum masuk ke kampung ni , lalu kawasan perkuburan islam . hamekkk . haishhh .
Sebelum blah , nak cakap dulu , sepupu sepapat Yaya belah Gelang Patah ni ada 21 orang . dua pupu ada 8 orang . Kiranya cam ni . Nenek Yaya ada 9 orang anak . 22 orang cucu (termasuk Yaya) dan 8 orang cicit .
Okey , sampai sini dulu Yaya update . Nanti Yaya sambung . Nak rehat . badan penat :')
Ada sesape tahu markah peperiksaan aku tak ??? aku tak datang tadi :D . Ayin cakap , aku lulus semua subjek . Alhamdulillah :) Math 40 ? kira baik terlepas dari kelas tambahan :P haha !
Uncle Naza (Mohamed Nazaruddin Abdullah) yang mengajar Yaya mengaji semasa di JB dulu telah meninggal dunia di Kelantan Ahad (5.Jun.2011) . Kanser. Rasa tak percaya , tapi ni takdir . Semoga roh Arwah Uncle Naza ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan hamba-Nya yang Soleh . AL-FATIHAH .