Purpleholic ♥
Stumbled in my blog , Just click --> | Dashboard | +Follow

Hampir MATI di Kela Adventure Camp ^^
11 April 2011 | 7:23 PM | 1Comments
Assalamualaikum ,! Anneyong Hasseyo :)

Kela Adventure Camp, Raub :)

yeahh ! Campsite ni terletak betul-betul kat kawasan kampung . Sekali dengar masa tuh , perghhh , nyamuk bhaiy ! HAHA . olryte , ingatkan semalam nak citer sal pengalaman pahit manis masam pon ade sepanjang kat sana , tapi tak sempat . Balik jer , online facebook sekejap , terus tidur -.-' keletihan :D

Seramai 39 orang pelajar , tak termasuk Fasi2 dan cikgu yang ikut camp ini. Majoritinya Melayu . Cina ? Sorang jer ! haha ! tuh pon pasal kena paksa ngan cikgu .. cian Wee Wen Wenn :) 
okeh , kiteorang bertolak dalam pukul 3 dan sampai tiba dalam pukul 4 lebih . dalam bas , aku duduk dengan bekas pelajar sekolah SMK Khai Mun , iaitu Hijrah Malek yang juga merupakan Fasi kumpulan aku , kumpulan satu :) a.k.a Seven Fire .

Lepas solat asar , kita buat ape dulu eak , ? Lupa lor -.- HAHA , okeh2 , pembahagian kumpulan . aku dan enam orang pelajar lain , kumpulan satu atau nama scientificnya *eceh!* Seven Fire :
Ahli Kumpulan 'SEVEN FIRE'
--> Nadia Balqis (leader)
--> Nazri Shahrizan (assistant)
--> Elly Aliah (me)
--> Adli -kecik a.k.a Kenet.
--> Munirah
--> Sathrugan
-->Shabby
*4melayu,2india ~
Meyh citer pasal Seven Fire dulu . Trademark pertama yang dicadangkan oleh Ijan ialah Kita Bakor Jee . Haha ! lawak ? yeah , memang lawak ! Kumpulan kami semuanya berdasarkan API . Bendera kumpulan kami dilukis dan dicadangkan oleh Ijan. Cantik ! Lhaa sangattttttt ~ . Nama kumpulan , idk , trademark yang kami setuju semasa malam kebudayaan :- Kami Bedal Jerw!! gaya Kumpulan lain semua bertepuk tangan or whateva kann , kumpulan Seven Fire meniru gaya Usop -DD HAHA !

kami semua dibahagikan kepada LIMA kumpulan . aku cuma ingat ada kumpulan Red Fire jerr. name kumpulan lain , takk ~
kak dayah (kaka deqwan) ikot oeeerr :D HAHA !

JUMAAT-8.4.2011
Aktiviti pertama yang dijalankan selepas pemasangan khemah dan lain lain ialah Night Walk .Kami dikehendaki berjalan dalam kumpulan . Mesti korang fikir jalan kat tempat biasa macam hamik hangen jer kan ? haha ! salah , salah dan wrong ! kami diarahkan berjalan dalam hutan . atau lebih tepat , kebun kelapa sawit jer . bapak syok habes ! alhamdulillah situ takde pacat dan segala haiwan lain . banyak lumpur dan tahi lembu. banyak lubang dan sebanyak tuh jugaklah aku jatuh -.-' aku rasa , kumpulan aku jer kecoh kot ? mana taknya , mulut kumpulan semua gila gila. terjerit pekik . ehh , Setiap kumpulan hanya dibenarkan membawa 2 torchlight jer ! tu pon budak depan dan budak belakang jer yang boleh pegang ! hamekkk ! gelap tak gelap . kami berjalankan berpandukan lampu merah yang telah diletakkan berselang seli kat situ . susah . kadangkadang terkeliru sebab banyak denai kat situ .

sampai checkpoint 2 , kiteorang stop dan kami diarahkan berjalan berseorangan TANPA TORCLIGHT kat dalam kebun tuh ! hahaha ! aku ? aku , jacintha dan isma dikecualikan . sebabnya , aku dan jacintha tak nampak jalan . rabun woo . nak mampus ,? actually , aku nampak .just malas nak bahayakan diri . isma ? pening kepala, dia tak sihat -.-' kami bertiga jalan last sekali . disebabkan kami ni istimewa sangatsangat , kami jalan guna torchlight. hahah ! kami bertiga jalan bersama hampir lima atau enam jurulatih . 

walaupun aku dan jacintha pegang torchlight , apa lah malang nasib kiteorang sampai accident kat lumpur -.-'' bodo , habes seluar , hancusss kasut ! aku lah yang paling teruk sebab ditolak oleh Jacintha ! -.-'

lepas tuh minum malam , oleh sebab kami bertiga sampai lambat , aku ngan jacintha tak sempat nak minum malam , air dah habes O.o . bapak kesiannyer kat kiteorang !!!! then , bersiap untuk tidur :) 

eh2 , lupa mau citer , aku sekemah dengan Jacintha , Wee Wen Wenn , Nurul Ain , Elly Aqilah .. yeah , lima orang satu kemah !! :D

SABTU-9.4.2011
aku dikejutkan oleh Nurul Ain . weheee . 4:15 kami bangun sebab nak mandi cepat . last2 mandi camtuhcamtuh jer kan , bapak sakai sejuk gila vavi !  air sungai tuhhhh ! -________-" 
Senaman Pagi ? kami berjogging . yeahhaaa , masa berjogging untuk pulang , ada halangan . yeahh !!

PERTAMA , berlumba lari ,yeah , daripada 4orang , untung aku yang ketiga , kalau tak , sah yang keempat ! tuh pon sebab dapat potong wen wenn ! yeayehhh ! hahaha ! then , kena berlari sambil dokong kawan ! hahahaha ! macam hape benda ntahhh -____-' tapi perempuan tak buad pon :D

lepas sarapan , kami buat aktiviti air . pertama , kami buad Water Confident dengan menggunakan Life Jacket , kami buat latihan kalaukalau terdampar di lautan . yeah ! sangat bess dan sangat menyeronokkan !!!!! kumpulan pertama kena buat dulu , aku yang ke lima lepas munirah . besss ! bertembung dengan munirah , hahahahaha ! memula buat menelentang , lepas tuh buat meniarap . masa meniarap tuh nak teersedut air kan ...

then , masih water confident ,kami diarahkan membuat persembahan dalam air didalam kumpulan . bapak syok habes . dan masa ni , kami terpaksa melupakan ikatan muhrim . yeah , berpegang-pegangan tangan sekejap . masa wisel tamat persembahan dibunykkan , aku hampir tersasar . yang perempuan semua dah jauhjauh , yang Ijan cakap "dalam ni wooyy" aku dah cuak , aku terus cakap ''wehh ijan ! tolong aku . aku takut" then dia terus tarik tangan aku bawak ketepi . kakak deqwan nampak -__-' hopefull dia tak report deqwan -_______________-"

dan masa buat aktiviti nilah telur dan bendera kumpulan kami lesap ! OMG >.<" sah kena denda !

Lepas tuh , bersambung kami melakukan water trekking . tak pernah dibuat orang . berjalan meredah sungai nih . yeah , bebas  tak ah ikut kumpulan dan aku brsama sama dengan ain . banyak kali jugaklah kiteorang terlanggar batu dan jatuh , nasib baik kami pakai life jackt tuh lagi . best ! then balik ke tapak perkhemahan dengan menaiki truck ><" HAHAHA !

pada sebelah petang pulak , kami semua buat aktiviti bertali . yeah , masa inilah nyawa aku betulbetul dihujung tanduk . semasa meniti titian burma , kau nak tengok titi dia macam ne ? cam ni haa :-

bukan smkkm ekh ni ! ni budak UM :) curik dalam FB Kela Camp -_-

yeahh , kau nak tahu apa terjadi kat aku ? malang tidak berbau , aku tergelincir dari tali tuh . tapi akhamdulillah aku selamat . ada tali keselamatan kan kat situh ,and aku pon sempat control dan naik semula kat tali tuh .lengan kanan aku luka sikit coz kena tali . sape nak tengok , jumpa aku esok ! haha ! lepas habis melintas titian burma ni , kami naik Flying Fox . wahhhee . besssttt :) then , menyeberang sungai dengan meniti titian Silara :) bukat titian sirat eakkk !!>.< , yang hebatnya , titian silara ni paling susah tauu . tapi aku boleh pass , nak tahu susah cam ne? cam ni haa ! 

ni pon budak UM :)

pegang satu tali kat atas jer , tapi aku dapat buat . memang seram masa sampai ketengah. tapi ni lah namanya cabaran kan ? masa dah nak hujunghujung tuh , akak-akak tuh boleh kacau aku lagi :) hahaha ! tapi memang syok lah . ehemmm , dapat borak dengan Abg Zam , iaitu salah seorang jurulatih yang agak sporting kat situh :)) 

lepas tuh malam ? weehhhh ,, kau tahu , aku rasa kumpulan seven fire nih lah paling teruk . nak cari persembahan untuk malam kebudayaan pon makan masa hampir satu jam lebih ! sumpah tak tahu nak buat apa , masa tuh memang dah agak lah yang kiteorang kalah kann . okeh , makan malam pukul 6:20 ptg , nak tahu kami dapat idea masa bila ? yeah , 10minit sebelom makan ! tuh pon pasal Cikgu Ameer yang bagi idea . kalau tak , jangan cakaplah , memang kalah !

sebelom persembahan dimulakan oleh setiap kumpulan , masing2 kena bagitahu nama , maksud logo dan trademark kumpulan . Seven Fire -->
Nama Kumpulan : Seven Fire
Logo : Obor / Api : semangat kami yang membara
           Gading bersilang : kami bersatu padu
           Bulat dalam Api : sebulat suara dalam apa pun keadaan
Trademark : Kami Bedal Jerrr *Sambil tgn tiru gaya Usop :)
pelik ke mana kiteorg dapat Logo ? weheee , masa solat isyak , aku dan beberapa ahli kumpulan lain yang tak solat tuh bertungkus lumus menyiapkan logo selepas ijan lukis walaupun lukis atas kertas majong ! masa terangkan logo tuh , ade jugak budak tanya apa pasal kumpulan korang bendera lukis kat kertas . dan dengan selambanya kak nad jawab bendera hanyut , dengan telor2 sekali hanyut ! hamekk , memang kena gelak lah kan ?

Kumpulan lain semua berlakon ..... kumpulan kami ? er - miming lagu . yeah , memula plan nak buat lagu Cari Jodoh , tapi cancel sebab enset Kecik takde lagu tuh , then pilih lagu Kalau Berpacaran . aku jadi Ana Raffali (miming) , Kak Nad jadi Meor Hassan (miming) , Kecik jadi altimet untuk setan (smart setan kiteorang! siap tanduk lagi!) Satrugan jadi Altimet masa tengah dating tuh dan Ijan tukar jantina jap jadi Ana Raffali masa dating ! memang tergelak habis lah budakbudak tuh tengok Ijan pakai selendang !! hahaha ! selendang adik aku dan dipakaikan oleh Kak Nad :) Munirah ngan Shaby jadi macam mak ayah Ijan dan marah sebab dowang berpegang-pegang .

sepanjang persembahan , aku asek tergelak-gelak jer . tak boleh blaa tengok muka Ijan

yeah , keputusan ? bhahaha , nanti lahh ~~  kumpulan kumpulan lain pun best jugakk.

AHAD-10.4.2011
hari terakhir , memang tak puas dooooo ! pagi tuh , buat senaman bermuzik , memang F.U.N sialll ! lepas tuh , ada  game sebelom sarapan pagi . Lari. bila abah cakap pasangan , kena stop and cari pasangan . kecian leader kami , kak nad kena tepung sebab tak dapat cari partner ! 2 kali tuh beb >.<" then , digelar oleh Abah , kakak tepung :D

lepas tuh tiup belon . sape paling besar dapat masuk final . yeah , aku termasuk ! aku , ain , kak nooriza , ngan sape lagi ntah . tapi kak nooriza terkeluar sebab belon dia dahh BOOOOOMMMMM dulu :D
arahan untuk final , tiup belon sampai pecah , tapi aku tak pecah . ain dengan sape punye ntah yg pecah ! HAHA :D

lepas sarapan , aktiviti Jungle Trekking ! memang Syok habes lahh kann ~ Jacintha cakap , aku ngan Ijan paling banyak kena pacat ! wth , sampai ke badan aku kena kesan gigitan pacat ! berdarah wooi ! kat kaki paling banyak ! giler gempakk! memang mencabar habes ! semangat kerjasama amat penting ! aku banyak kali tergelincir dan jatuh . nasib baik berkumpulan , memang masingmasing tolong menolong lahhh kan :)

turun naik bukit guna tali . dengan lumpurnya , almaklumlah , sabtu malam ahad tuh hujan dan kiteorang lelaki kena tidur kat dewan santai , perempuan kat surau . bangun pagi jer sakisakit satu badan ! dah lari topik . 
habes jer jungle trekking , kiteorang menganyam daun bertam dan dengan riak dan bangganya aku cakap , kumpulan aku dapat nombo satu daripada belakang ! wahaa , means , kalah lah wehh ! abah cakap , nak bagi E pon tak boleh dah , memang hancussssss lahh !

dan akhir sekali , aktiviti mandi sungai ! memang satu aktiviti yang kami tunggutunggu . adess , kak asma ngan kamilawati eakhh ? campak aku ! besssss + seronok ! air dia deras dan jernih ! sejuk sampai ke tulang hitam !

dan sebelum pulang ke Bentong , acara yang ditunggu-tunggu kini tiba , iaitu Acara penutup ! haper dibagikan mengikut markah juri berdasarkan malam kebudayaan ! dan tak disangka-sangkanya kumpulan kami mendapat tempat PERTAMA ! no joke ! yeahhh ! usaha keras ijan meLEMBUTkan dirinya sekejap , dan berjaya buat orang gelak sampai tak cukup tanah , kami dapat :) yeah !

kau baca tak yang pasal telur dan bendera yang hilang ? yeahhh , kena denda tuh bhaiyy ! kumpulan 1,3 dan 4 kena denda minum telur mentah ! sebab hilangkan telur . kumpulan aku kena weyhhh ! bapak kembang tekak aku minum !! Satrhugan minum selamberkk jer ann ~ eiyuckkk !

untuk kehilangan bendera , kumpulan 4 jer selamat sebab bendera dia pada Fendy . kiteorang yang hilang semua kena denda sapu tepung kat muka . adess ~ bapaklah malu siaaaa mase amek gambar tuh . Pakcik cakap gambar-gambar tuh kekal kat dinding Kela Adventure Camp , dan FACEBOOK ! mampoiyhh edenn ~ takpe , kenangan ~:D

tamatlah sudah penggembaraan dan likuliku hidup kat camp . kenangan takkan aku lupa . 3 hari 2 malam membuat aku hidup tanpa deqwan ! dapat line masa balik jer banyak gila vavi misscalled and mesej dari deqwan !!! haishhh -_-' sian dia :(
gambar untuk sekolah kiteorang , nantilah aku curik dari fb kela camp . buat masa sekarang , dowang belum masukkan lagi . will be continued !

masa dah balik , tetibe rindu kat TIGA orang jurulatih ni . kat Abang Zam , Abang Din ngan sorang lagi , tak dikenal pasti namanya . sebab tigatiga ni boleh tahan sporting ngan kitorang semua . 
psssttt , sebelom balik lupa nak mintak nom fon abang zam ngan abang yang aku tak tahu nama dia tuh :( hopefully lepas ni dapat pergi lagi ! kenangan kat Kela Adventure Camp memang takkan aku lupa sampai mati !!! :) SAYA SAYANG ADVENTURE CAMP !
untuk GAMBAR2 masa kem , sila tekan SINI :) 

|
About Linkies Post

Checkmate ♥

Hey clickers :) I Love You ♥ Welcome here. Do read all the things here,baby. Do follow mine okai? Anything? Just tag it jyeahh. Do love all of you. Don't forget to leave your link dear :) Click here -> http://facebook.com/BlogKami...thanks.

Tagboard

Template by : Aina Syaza
Background by : Google